Dashboard | +Follow
Little Miss Psychopath
Drown
Saturday, February 21, 2015 • 12:40 AM • 0 comments









Take my hands as we jump
we are going down,
sinking, all the way down
but baby dont you worry
cause baby i wont let you drown
not without me.


p/s: at the bottom of the ocean there's a place for you and me.

Little Miss Psychopath'™
At the bottom line.
Friday, June 27, 2014 • 8:39 PM • 0 comments

When life is nothing but a mess, i just want a break.



Satu saat kau terkedu, kau terdiam bisu. Sebab kau tahu, kata kata tak mampu rawat jiwa, rawat luka kau yang parah tu. Jadi pada siapa kau berpaling ? Pada siapa kau inginkan belas kasihan ? Pada siapa tempat kau nak dapatkan ihsan ? Insan mana yang sanggup ada bila kau rebah jatuh kat dunia.

Mari kita fikir sama sama Berbaloikah apa yang kita ada ? Atau sebenarnya kita tak punya apa apa selain,
Dia, Yang Esa. 

Little Miss Psychopath'™
Nineteen.
Sunday, April 6, 2014 • 10:38 PM • 0 comments

Hari ini, dah berganjak satu usia aku.



Terima Kasih Allah kerana beri aku peluang sampai hari ini. Terima kasih kerana curah kasih sayang tak henti henti. Allahuakhbar.

Mungkin hidup aku tak seindah sesiapa, mungkin juga tak layak dipertanding kan dimata manusia. Aku cuma ada Allah dan keluarga. Dan betul, selalu aku tersungkur tapi itu tak bermakna aku tak bangun semula kejar bahagia.

Terima Kasih semua, atas doa dan kasih sayang.


Terima kasih papa, mama :)


Little Miss Psychopath'™
Save Your Heart.
Tuesday, April 1, 2014 • 3:31 PM • 0 comments

Hidup kadang kala kena selfish.

Save your heart, for someone that's worth dying for. Don't give it away.-Mayday Parade-

Jalan terus, jangan pandang belakang. Tinggalkan orang yang sakitkan kau, tinggalkan orang yang tipu kau, tinggalkan orang yang tak hargai kau. Kau tak perlu orang macam tu dalam hidup kau. Kalau kau tak gerak sekarang, bila ? Bila kau nak mula ambil berat tentang hati kau, perasaan kau ?

Fuck those yang kata kau tak mampu move on.
Fuck those yang ingat kau lemah
Fuck all of those yang tabur janji manis supaya kau tak blah
Fuck off.
All you need is a little courage to tell yourself,
"I must move forward, there's nothing to fear of"

Trust me, its worth it. 

Little Miss Psychopath'™
Sado Cenggeng.
Thursday, March 27, 2014 • 10:32 PM • 0 comments

Dalam dunia ni aku betul betul tak tahu kita kena jadi apa, jadi macam mana, kuat ke lemah. Aku tak tahu.

.

Pernah tak kau rasa bila kau dah habis usaha untuk something yang kau nak gila babi lepastu kau terpaksa lepaskan sebab kau ingat kau kuat, boleh tahan tapi turns out to be sebenarnya kau lemah. Kau cenggeng. Kau cepat mengalah. Kau bukan kuat semangat macam yang selalu cerita.

Pernah tak kau rasa yang kau ni terlalu ego nak mengaku yang hati kau rapuh, hati kau tak sado sebab kau takut orang sakitkan hati kau lagi ? Dan kau berjalan dengan bangga thinking hati kau tu kuat sangat sampai kau nak tunjuk dekat semua orang, ataupun dekat sorang, orang yang kau betul betul tanak dia sakitkan kau ?

Dan, pernah tak kau diberi harapan tinggi melangit sampai kau melayang sama taraf dengan burung yang bebas kat langit dan kau dijatuhkan dari tinggi itu juga, jatuh terus ke bawah sebab kau tak cukup bagus, kau tak cukup sempurna dan kau tak dijadikan pilihan.

Aku pernah. Aku pernah rasa semua. Tak kisah kau sado ke lemah, kau tetap akan kena. Kena pijak, kena guna, kena tipu, kena semua.

Dunia penuh orang yang nak tengok kau jatuh.
Jadi, selamat berjaya hidup atas dunia. 

Little Miss Psychopath'™
162.
Thursday, March 6, 2014 • 10:51 PM • 3 comments

Sejak aku yakin dengan keputusan aku, aku janji dengan diri aku yang aku tak akan pandang belakang lagi. Dan aku dah bagitau semua, aku tak kenal masa silam aku. Sekarang yang ada cuma masa sekarang dan masa depan aku.

Dan aku tak pernah betul betul serious nak ada relationship selepas apa yang aku lalu masa alaa masa tulah malas siak nak ingat. Dan aku tak pernah bagitau mama aku, dengan siapa aku berkawan sampai lah sekarang ni. Orang pertama yang tahu aku dah bahagia ialah mama aku.

Sebab kalini aku jatuh cinta gila babi punya. Jatuh cinta yang rasa dia macam naik roller coaster yang macam haram cuak sial nak mampus aku nengok tapi bila kau turun kau akan ingat sampai mati dan kau akan selalu ada niat nak naik lagi walaupun lepas turun tuuu kau muntah sebaldi. Haa macam tulah.

Bodoh apa aku cerita kat atas tadi tu aku pun tak tahu. Tapi sekarang, apa yang aku pegang ialah, biar bangang, asal sayang. Bukanya, dah sayang, tatang, julang sampai kau sendiri melayang lepastu apa yang tinggal ? BAYANG.

Kalau kau tanya aku sekarang ni kenapa aku jatuh cinta yang macam tuuu, jawapan dia simple. Takde berbelit belit macam keling. Sebab, dia gila macam aku dan lawak bodoh dia memang bangang abadi tahap PHD tak laku which is sama macam aku. Sebab tu aku jatuh, jatuh cinta gila babi punya.

Nahhh, aku tepek gambar kitorang berdua. Malaun dari dua tempat berbeza, jatuh cinta.


Dan kepada gadis gadis desperado nak carik abang sado, sorry dik, yang sado gila kat dalam gambar ni udah ditaken. 

Dan hidup aku lepas ni, ada dia. teddy gemuk aku yang aku buat tumbuk tumbuk macam sambal belacan bila geram, yang aku buat gomol gomol kesat air mata bila aku sedih, yang aku buat lompat lompat atas perut dia bila aku happy dan yang paling penting, yang aku nak buat suami.

Lantaklah kalau kau nak kata "sekarang boleh la nak sweet sweet. Nanti break mula lah nak maki bodoh bitch". BHAHAHAHA Pergi mampus lah setannnn. Kau jaga lah hidup kau, jangan kisah pasal hidup aku lahhhh babi muah sikit meyh :*

Okay, akhir kata sebenarnya aku pandai bagi salam. So, Assalamualaikum 
untuk lebih sweet, aku kepilkan xoxoxo.
Geli sial. hahaha bubyeeee !


Little Miss Psychopath'™
161
Friday, January 3, 2014 • 1:00 AM • 0 comments


Masih terkandas di masa lama. Dia masih aku cinta.

Walaupun dia bukan aku punya, walau dia bukan ada setiap masa, aku masih fikirkan dia. Aku masih rindukan dia. Bila dunia kata, sudahlah baik putus asa, makin teguh aku pertahankan cinta.

Bagi aku, aku dengan dia bukan untuk sementara tapi selamanya.
Kerana sekali cinta, aku tetap cinta.

sampai bila bila.




Little Miss Psychopath'™
Post yang ke 160.
Sunday, December 8, 2013 • 6:48 PM • 1 comments

yeay dah 160 post ! macam gua kisah -,-



Little Miss Buncet. Hmm buncet is nama timangan he used to call me. But now, buncet bukan aku lagi. And there's no more Mr Ucuk. Guess i should have deleted the pictures, daisy path and whatsoever bout him. Oh maybe i should delete the memories too. That would be nice.

Its been three months (going to be four) since the breakup. And yes, i've found someone new. Dont know if this gonna be good but yeah, im with him now.

But after all, it's still a constant battle between my head and my heart.

I hope everything gonna be okay. I just want to be happy again.

p/s: When you love too much, you'll hurt so much.

Little Miss Psychopath'™
Tak semua sama.
Thursday, October 24, 2013 • 12:10 AM • 1 comments

live!

*tutup lagu sedih* *bukak lagu paramore and hope for the best*

ehem. ehem lagi. batuk batuk sikit. test test. okay, mula

Di negeri yang takde siapa tahu, tinggal seorang gadis yang punya satu impian. Impianya, ingin rasa awan, sebab dalam mimpi dia, awan rasa macam gula gula kapas, manis manis diebetes. Dan dia ingin jalan atas pelangi, macam melintas titi, halus, kena hati hati.

Semua gelak kan dia. Orang kata, apa punya bangang lah impian tu. Pundek betul memang tak matured, childish, bla bla bla.

Tapi salahkah dia bila dia ada impian yang tak sama dengan semua ? Salahkah dia bila dia ada impian yang nampak tak logik dimata semua ?

Sebenarnya, kita akan dihina bila kita berbeza. Kalau nak jadi diri kita, persetankan semua kata kata celaka, kau tahu diri kau siapa.

Little Miss Psychopath'™
Bila lu pulak yang kena, gua kisah apa. Padan muka !
Friday, October 11, 2013 • 4:17 AM • 0 comments




Memang lama tak cerita. Memang lama aku pendam semua. Ahh buat apa nak cerita, nama pun rahsia gua.

Aku pernah rasa macam mana orang hina, sebab gemuk. Dan aku pernah rasa macam mana kena bahan sebab terlalu kurus. Sama je dua dua rasa dia. Dan memang semua manusia sama, memang semua nak menilai, semua nak jadi hakim yang lupa cermin diri sendiri.

Ahh aku kisah apa. Mulut kau, kau punya suka lah. Hati aku, aku lah kena jaga. Ahh pakyu.

Aku rasa kau akan gembira bila kena hina. Ya kau, memang padan muka kau kalau kena hina balik. Sebab kau tak pernah fikir perasaan orang yang kau hina, memang bagus kalau kau kena hina tanpa secebis rasa timbang rasa.

Dan kau, saat kena hina nanti, ringan ringan kan lah mental kau fikirkan aku, fikirkan perasaan aku bila kau hina aku dulu. okay sayang ? :*

Little Miss Psychopath'™
Kata tuan tanah.
Monday, August 19, 2013 • 12:37 AM • 0 comments

John style | via Tumblr

Bukan aku kata, orang yang kata. 'Aku ni memang cool orangnya'. Ahhh klise je tu semua.

Orang pandang, orang nilai, orang kata. Siapa ? Orang yang ada keliling kita. Ada yang puji ada yang caci.

Ah persetankan tu semua. Kau kenal kau siapa.

p/s: Kalau Cinderella patah balik masa dia tertinggal kasut kaca dia, dia tak akan kahwin dengan anak raja dan dia tak akan jadi lebih bahagia dari yang pernah dia rasa.


Little Miss Psychopath'™
Lara.
Monday, August 5, 2013 • 1:29 AM • 0 comments

I'm that girl

Ini kisah hati, duka, lara.
Ini kisah jiwa, tegar, tabah.
Ini juga kisah diri, berdiri, sendiri.

Ingat masa dulu ? Bila semua mampu buat bibir senyum bahagia, bila hati mampu ketawa, gembira. Ingat masa kini ? Bila semua tak kena, bila kita kena berduka kerana solusi tak kunjung tiba.

Aku bukan sempurna, tapi aku tak lemah. Kadang kala berundur kebelakang itu bukan bermakna menyerah, cuma beri sedikit ruang agar bahagia dapat dicipta semula.

Langkah kebelakang, bukan kerana tak sayang.
Langkah ini belum lagi berhenti.
Jangan kau putus asa lagi.

Terima seadanya, wahai hati yang terluka. Dia perancang yang paling sempurna. Dia yang Maha Esa,
Allah satu satunya, tak akan biarkan hambanya derita, cuma menguji kadang kala tanda Dia tak lupa.

Little Miss Psychopath'™
WARNING:DO NOT READ THIS IF YOU'RE NOT A JIWANG PERSON.
Sunday, July 14, 2013 • 1:20 PM • 0 comments

Perhatian : Ini adalah entry yang penggunaan bahasanya amatlah berbunga bunga dan amat tidak straight forward. Segala kesulitan tidak dikesali sama sekali.

cats | via Facebook

Bisik bulan rindukan mentari, bisik mentari rindukan bulan. Andai terasa pilu dihati, mengingati sang perindu yang terasa jauh dihari perlu ku semai berhati hati agar rindu ini sentisa menjadi peneman dikala sunyi. Andai bisa tangan dicapai ingin ku gengam erat padu dekatkan kehatiku agar bisa menjadi pendinding cinta yang kian ditelan rindu bersama kasih yang kini makin hilang.

Jika dapat kutenangkan diri dengan zikir ke atas Ilahi, bisa aku zikir tanpa henti sambil tangan didekatkan ke hati mengingati insan yang selalu dirindui. Jika diri kini terlepas dari janji, bimbinglah aku kembali bimbing lah agar kembali dekat dengan cinta yang dicari. Perlu harapan yang teguh agar cinta ini tidak akan sekali kali roboh dikala mengejar satu hati yang jauh.

Aku kembali lagi nanti bersama hati yang dulu ku bawa pergi, bersama janji yang akan aku tepati. Demi kamu yang selalu dirindui dengan ikhlas kerana Ilahi. Sayang, akan ku terus berdiri mengengam hatimu dan tak akan pernah aku pergi jika kau tidak relakan hati. Sentiasa aku ingati, janji kita yang telah tersemat mati.
Suatu hari nanti. Ya, satu hari nanti.

p/s : ikhlas aku tunggu jawapan dari kamu yang selalu aku rindu, yang sentiasa ada dihatiku.

cukup setahun tujuh bulan dah kita harini ucuk :)


Little Miss Psychopath'™
Pasti aku mencari bintangnya.
Sunday, June 23, 2013 • 12:36 PM • 0 comments

Assalamualaikum and a big hello.

Έξοδος Μ. Σάββατο 4/5/13 - άρθρα - Qubo.gr

Membina harapan itu tidak salah asalkan mampu terima andai harapan hancur di tengah jalan.

Harapan aku besar. Nak berjaya. Nak hidup bahagia. Nak kejar cita cita. Nak buat mama dengan papa gembira. Nak jadi muslimah sempurna. Nak segalanya yang pernah telintas diminda. Tapi aku bukan yang sanggup terima kekalahan. Tak sanggup aku nak terima bila aku jatuh lepas aku dah panjat tinggi. Aku gagal lepas aku dah usaha separuh mati. Sebab aku manusia yang memang tak akan jadi sempurna. Yang tak pernah mampu terima keadaan seadanya.

Sedihnya bila harapan yang dibina tinggi mengunung tapi akhirnya terpaksa meraung jatuh dalam gaung dan sakitnya terpaksa aku tanggung. Memang tak beruntung. Asal ada yang sayang, asal ada yang tahan aku dari melayang, insyaAllah aku akan berjuang.

Demi cita yang aku kejarkan, demi cinta yang aku perjuangkan, aku tak akan mengalah sekarang sampai semua dah aku capai dengan tangan.

Usaha memang bukan mudah tapi kejayaan itu lebih indah.



Little Miss Psychopath'™
Peluang yang ada tak semua dapat rasa.
Sunday, May 19, 2013 • 10:48 PM • 0 comments

Tumblr_ml5uhfpgcw1rw6ir6o3_500_large

Pandang surat tawaran. Pandang kiri, pandang kanan. Bertuahnya badan dapat apa yang selama ni aku impikan.

Pandang balik surat tawaran. Aku kena tinggalkan keluarga kawan. Aku kena tinggalkan harapan, perasaan semua yang aku simpan. Aku kena terima cabaran. Aku kena ada kesabaran. Aku takut hilang iman, aku takut hanyut kat tengah jalan. Memang senang jadi yang memandang. Memang mudah setakat jadi pengkritik yang tak diundang. Tapi payahnya rasa kalau kau yang kena hadapi semua.

Aku ada impian. Aku ada harapan. Aku nak semua yakin. Aku nak semua percaya yang aku akan berjaya dan aku tak akan pernah berubah jadi orang yang hina. Ye, bukan mudah. Aku sedar.

Semua yang aku tinggalkan hanya sementara. Aku akan ambil semula semua.

Tuhan tolong jagakan dia. Tuhan tolong jagakan cinta. Tuhan tolong jaga hati aku dan dia.

Insyaallah kita akan bersama.

Little Miss Psychopath'™
Just a little something for you.
Friday, April 26, 2013 • 2:35 AM • 0 comments

Assalamualaikum,

Large

Rasanya dah lama aku tak gerakan jari aku nak menaip dekat sini. Ah bajet orang kisah pulak pasal blog berhabuk ni.

Dalam dunia ada macam macam jenis manusia. Ada yang pilih nak jadi sebaik baik manusia. Ada pula yang tak kisah nak jadi apa. Bila semua sedar yang hidup kat dunia ni sementara, baru semua gelabah, baru semua nak kisah.

Perduli apa orang kata. Perduli apa orang buat kat kita. Asal kita tahu diri kita macamana. Orang yang hilang harga diri dalam hidup memang tak akan pernah kemana mana. Jangan pernah tanya kenapa semua jadi kat kita, kenapa kita kena tanggung semua, kenapa kita yang kena rasa. Kerana semua dah ditetapkan Yang Maha Esa.

Bukan diri aku yang nak menghina, cuma lidah aku yang terlanjur kata kata bila dah dikuasai amarah. Sebenarnya, aku manusia biasa, yang melenting bila dikata. Yang terasa bila dihina. Dan yang akan pertahankan maruah aku dari dipijak manusia tak berguna.

pee ass : Watch you take him away from me is the last thing i'll do. Take note.



Little Miss Psychopath'™
Aku tipu.
Tuesday, March 26, 2013 • 2:31 AM • 0 comments



Aku donggakan kepala. Aku pekakan telinga. Aku butakan mata. Aku berlakon seolah olah aku tak nampak semua. Aku buat macam hati aku buta, tak bermakna.

Aku kata aku kuat. Aku kata aku mampu. Aku kata aku tak perlu simpati semua. Aku tolak semua pertolongan yang ada. Aku diam bila ada yang bersuara. Aku buat buat tak dengar. Aku buat buat tak nampak. Aku tak terima kebenaran yang orang kata. Aku kata semua tipu bila ada yang cuba sedarkan aku. Aku senyum bila hati aku sakit. Aku mengaku aku tak kisah. Aku mengaku semua yang orang kata tu kelakar. Aku ketawa bila orang ingat aku marah. Aku tahan airmata depan semua. Aku tahan diri aku dari kecewa.

Aku tipu.

Hakikatnya, aku manusia. Aku tahu aku lemah. Aku tak mampu tanggung semua sebenarnya. Hati aku tak sekeras yang disangka. Tapi aku tahu aku mampu jadi kuat semula bila aku usaha. Aku tahu aku akan bahagia bila tiba masanya. Aku tahu aku cuma perlu sabar. Dan aku tahu hati aku macamana.

Little Miss Psychopath'™
nothing.
Sunday, March 24, 2013 • 3:18 PM • 2 comments



Hanya yang kuat akan terus berusaha. Hanya yang lemah akan cuba jatuhkan orang yang sedang berusha.

Hanya minta dihargai bukan diperli. Hanya minta disedari bukan disanjungi. Hanya minta diberikan sokongan bukan cuba untuk jatuhkan. Hanya aku yang cuba untuk buat orang percaya, aku tak lemah.

Hanya aku yang tanggung setiap sakit yang aku terpaksa terima. Kau tak kenal hati aku, tak perlu kau cuba hakimi aku.

Little Miss Psychopath'™
Pesan Manusia
Wednesday, March 20, 2013 • 2:36 AM • 0 comments

Assalamualaikum :)


Orang kata diam itu lebih bermakna dari berkata kata. Orang kata diam itu bukan lemah sebaliknya lebih kuat dari yang semua sangka. Orang kata bersabar itu perlu tatkala dilanda dugaan. Orang kata jadilah yang terbaik diantara yang terbaik. Orang kata kita mampu buat semua, asalkan kita tak menyerah. Orang kata kita mampu.

Tapi tak akan ada yang tahu hati dan perasaan kita. Takan ada yang faham apa yang kita rasa sebenarnya. Tak semua yang hargai bila kita ada. Tak semua yang ikhlas macam kita sangka. Tak semua yang akan ketawa dengan kita bila kita gembira. Tak semua yang akan lapkan airmata. Tak semua yang rela pinjamkan bahu untuk seketika. Dan tak semua mampu berada di tempat kita.

Aku nak lepaskan apa yang aku ada tapi aku tak mampu nak berkata kata sebab aku lemah. Aku tak sekuat macam semua sangka. Dan bila orang tanya kenapa aku masih dengan dia, aku akan jawab sebab jujur, aku cinta.

Bukan senang nak jadi manusia. Dan bukan senang nak jadi diri kita.

p/s : Kepercayaan itu penting dalam hubungan tapi kepercayaan dah tak bermakna bila penipuan yang menjadi agenda utama.



Little Miss Psychopath'™
Kalau esok masih ada.
Thursday, March 14, 2013 • 4:18 AM • 1 comments

Tengok jam, tengok kalender. Tarik nafas, hembus. Dalam hati : Hm rupanya dah setahun tiga bulan aku dengan dia.


Last time aku jumpa dia dan dia senyum masa hantar aku balik. Aku rindu senyuman tu.


Jam anniversary aku dengan dia. Aku harap sangat jam ni masih ada dekat tangan dia.

Bukan aku tak tahu. Bukan aku tak kisah. Bukan aku marah. Dalam hati ni masih ada sayang dan cinta. Aku yakin apa yang aku rasa sebab aku tak boleh nak lupakan semua yang aku dah ada. Bukan aku nak putus asa tapi lepas aku dah kecewa, aku sanggup lupakan semua rasa semata mara nak teruskan hubungan aku dengan dia. Permulaan memerlukan sepenuh usaha tetapi pengakhiran hanya memerlukan satu kata.

Kalau esok masih ada, kalau esok masih aku dengan dia, aku cuma nak kata, sejujurnya, masih aku cinta.




Little Miss Psychopath'™



Older Post | Newer Post
♔ Disclaimer

Bonjour . Im Eqaa Zawawi, the webmistress. Welcome to my world. BEHAVE YOURSELVES and copypig(s) are not allowed !

Meet The Queen
Back To Post
Twitter
Instagram

♔ Back To Past



♔ You And Me


Daisypath Anniversary tickers